Wednesday, 31 October 2018
Bangkit dengan Kehidupan
Jika disebut tentang kehidupan pelbagai kisah yang tercipta bagi setiap perjalanan
Kaki yang melangkah tangan yang menghayun ada ceritanya sendiri yang kadangkala tidak dapat diungkap dengan kata-kata
Kerana hanya diri ini sahaja yang mengerti tentang apa maknanya tentang kehidupan
Dari setiap detik dan waktu setiap nafas yang dihirup mampu mengungkit setiap rasa yang tersingkap
Benar ada kalanya langit berdentum, hujan mencurah bumi, petir menyambar
Namun di sebalik itu terpancarnya sang mentari terik di ufuk bumi
Yang Maha Pencipta mahu menghantar indahnya sang pelangi
Bersabarlah kerana sabar itu indah
Teruskan tersenyum abadikan setiap detik itu sebagai coretan hidup penuh bermakna
Di sebalik apa yang diuji tidak lebih dari batasan kemampuanmu
Ingat kembali insan-insan yang sentiasa ada di sampingmu
Tidak kira susah mahupun di kala senang
Ya merekalah pembakar semangatmu
Untuk Terus Bangkit dan mengorak langkah dengan penuh tenang
Ibu bapa
dan
Keluargamu.
Tuesday, 9 October 2018
Doa Untuk Sulawesi
Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita mengenai negara jiran kita di Sulawesi,Indonesia
menghadapi bencana alam iaitu gempa bumi berskala 7.5 magnitud yang disertai dengan tsunami. Ramai nyawa yang terkorban susulan daripada bencana alam yang berlaku di Bandar Palu, Sulawesi Tengah Indonesia. Kampun Balarua merupakan kawasan yang paling teruk terjejas yang kawasan asalnya merupakan kawasan landai bertukar kepada bukit yang beralun yang dipenuhi mangsa yang teperangkap di bawahnya.
Malaysia juga bersedia untuk membantu mangsa bencana di Sulawesi Indonesia bagi memberikan sumbangan dan bantuan kecemasan di sana. Bantuan mencari dan menyelamat juga akan giat dilakukan menerusi pasukan khas sukarelawan daripada Malaysia akan dihantar ke sana. Pelbagai sumbangan daripada segi bekalan makanan, ubat-ubatan, khidmat perubatan, barangan tempat berteduh akan diberikan ke sana menerusi sumbangan daripada rakyat Malaysia secara sukarela untuk membantu mangsa bencana.
Berita ini juga amat menyedihkan bagi mangsa bencana yang kehilangan tempat tinggal, kemudahan yang sebelum ini lengkap digunakan dan juga kehilangan nyawa orang-orang yang tersayang. Hubungan erat di antara negara Malaysia dan juga Indonesia yang merupakan negara serumpun tidak membezakan apa-apa sahaja dalam menghulurkan bantuan merupakan perkara yang patut dibanggakan. Di kala ada insan yang bersedih dan berduka ayuhlah sama-sama kita berganding bahu untuk menghulurkan sumbangan dan berkhidmat bakti tanpa mengira agama, bangsa dan negara.
Saturday, 6 October 2018
Damainya biru hijaumu
Di dalam kekelaman jiwa hati yang mahukan kedamaian aku tersentak sendiri,
Apakah yang aku mahukan dalam kehidupan ini,
Adakah aku hanya mahu menjadi insan yang termenung sendirian
yang hanya mampu melihat langit tanpa mencipta sebarang persoalan,
Sungguh setiap apa yang dicipta bukan tiada gunanya
sedangkan apa yang kau pandang sebelah mata itu berbudi setiap detikmu,
Pandang ke atas dan lihatlah bawahmu
Ia memberi seribu makna tentang kehidupan
Langit dicipta untuk menerangi alam yang kau rasakan kelam
Hijaunya di bawah kakimu
Bukan bermakna kau harus pijak tanpa melupakan budinya
Tanpa hijaunya alam ini tiadalah guna hidupmu
Maka bersyukurlah terhadap setiap ciptaan Nya
Wahai manusia bumi ini sudah tua
Tidakkah kau sedih dengan apa yang berlaku di sekelilingmu
Cintailah ia sebagaimana kasinhya kau terhadap kekasihmu
Peliharalah sungguh setiap yang dicipta memberi
berjuta manfaat terhadap makhluk Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Teruskan Setiap Perjuangan itu
Setiap sesuatu permulaan akan pastinya bertemu detik pengakhiran. Setiap memori tercipta dalam kehidupan yang dilalui pahit, manis...
-
Jauh perjalanan luas pandangan itu merupakan ungkapan yang boleh saya katakan sepanjang lawatan saya dan ahli kumpulan membuat lawa...
-
Dalam mengecapi impian yang diidamkan selama ini. Pernahkah kita berhenti memikirkan sejenak adakah kita mampu bersyukur terhadap set...
-
Assalamualaikum saya ucapkan kepada anda yang sudi mengunjungi blog saya ini. Permulaan dan kehidupan baru di bumi UPM cukup memberi...