Jauh perjalanan luas pandangan itu merupakan ungkapan yang boleh saya katakan sepanjang lawatan saya dan ahli kumpulan membuat lawatan ke Balai Seni Visual Negara.
Pada permulaan balai seni dibuka ia diberi nama Balai Seni Lukis Negara kemudian ditukar kepada Balai Seni Visual Negara. Tempat ini terletak di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur menjadi destinasi bagi saya dan rakan-rakan untuk menyiapkan tugasan bagi subjek Pengucapan Awam.
Lawatan ke balai seni ini bertujuan bagi melihat hasil-hasil seni daripada pelukis tempatan yang mampu menggamit pandangan mata dengan pelbagai hasil lukisan yang begitu kreatif dan menarik sekali.
Pengunjung yang mahu membuat lawatan ke balai seni ini tidak perlu mengeluarkan wang untuk melihat hasil-hasil seni di dalam balai seni ini kerana ianya percuma sahaja untuk dimasuki. Balai seni dibuka pada setiap hari daripada isnin hingga ke hari ahad dan beroperasi pada jam 10 pagi- 6 petang. Tema-tema pameran hasil seni juga akan berubah-ubah mengikut tempoh masa yang tertentu.
Pameran hasil seni yang sempat dilihat oleh saya dan rakan-rakan adalah lukisan seni budaya masyarakat melayu seperti songket, batik, pakaian tradisi dan banyak lagi. Nilai estika melalui abstrak seni yang dihasilkan oleh pelukis tempatan mampu memberikan mesej yang tersendiri untuk disampaikan kepada para pengunjung. Sesiapa sahaja yang mencintai dan mempunyai minat yang mendalam terhadap hasil lukisan dan seni ini boleh berkunjung bagi memperoleh pengalaman baru di sini.
No comments:
Post a Comment